Jumaat, 6 Jun 2014


CARA PENJAGAAN KUCING PARSI

Antara jenis kucing yang popular di Malaysia ialah kucing Parsi atau Persian. Bahagian mukanya yang ‘ke dalam’ atau ‘flat’ membuatkannya kelihatan sangat comel. Kucing jenis ini juga mempunyai bulu yang panjang ,  lembut dan beralun. Namun begitu, disebabkan dua perkara inilah juga kucing Parsi memerlukan penjagaan khas daripada pemiliknya. 

MENJAGA BULU KUCING PARSI
Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulu-bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut.
Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari. Hal ini adalah disebabkan oleh bulu-bulunya yang amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.
Dek kerana itulah jika anda ada membela kucing jenis ini, anda wajib dan perlu untuk menyikatnya setiap hari (Bergantung kepada kepanjangan bulu kucing itu). Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.
Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya. Risau tak? Menyikat juga dapat mengurangkanbebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.
Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya. Same goes to my kucing
Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup. Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.
MATA DAN HIDUNG KUCING PARSI
Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih dari kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembab.
Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembab.
KUCING INDOOR
Selain itu, adalah baik untuk anda jadikan kucing Parsi anda sebagai kucing indoor. Ini disebabkan perwatakan kucing Parsi adalah lembut dan tidak suka bergaduh, dan mungkin akan dibuli oleh kucing-kucing lain di sekitar rumah. Malah bulunya juga amat mudah kotor dan memerangkap kotoran dan habuk jika anda membiarkannya di luar.
Namun begitu, untuk menjadikan kucing anda sebagai indoor, anda perlu memastikan kucing Parsi anda
  • mempunyai banyak permainan,
  • masa yang anda luangkan bersamanya,
  • teman kucing yang lain dan
  • tempat untuknya mencakar.
Anda juga mungkin perlu menyediakan tempatnya untuk berjemur. Kucing Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi. Meletakkan rak atau meja di tepi tingkap tertutup (lutsinar) pun sudah mencukupi untuknya bersantai di bawah cahaya matahari. Gunakanlah kreativiti anda untuk membolehkannya berjemur tanpa melepaskannya keluar dari rumah.
Jika anda dapat menawarkan ini semua maka kucing Parsi anda akan menjadi kucing indoor yang gembira.
Bukan sahaja kepada kucing Parsi malah apa sahaja jenis kucing yang anda miliki itu perlulah di beri kasih sayang dan perhatian yang cukup. Kucing Parsi adalah sangat rapat dengan tuannya dan akan tertekan jika anda tidak dapat meluangkan masa kepadanya. Kasih sayang yang anda berikan kepadanya pasti akan dibalas berganda-ganda. Insyaallah

Perkongsian Ilmu..... (Kolam Ikan Koi/Kap)
Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman. Kolam ikan koi atau ‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar.
Seorang pakar ‘koi Pond” Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata, Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau ‘filter’ untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat.
Pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, ‘Japanese Mat’, kulit tiram, bio-ring dan ‘crush coral’. Aksesori kolam pula seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar. Ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Jumlah ikan haruslah disesuaikan dengan keluasan kolam.

Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunya memilih pepohon bonsai, kemboja dan busida. Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk menghiasi dalam kolam, namun ‘koi Pond’ tanpa tumbuhan dalam air sudah mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik.
Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu tan ikan per satu meter persegi kolam. Bagi menjamin keselesaan dan kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan mengikut saiz dan kedalaman air.
Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya lebih daripada 36 sm.
Elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi.
Bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering kelihatan muncul di permukaan air.
Bila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang semua air ketika membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang berbanding sebelah malam
Tips Kolam Ikan Koi

  • Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.
  • Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam
  • Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air.
  • Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih ‘hidup’.

Selasa, 3 Jun 2014

Binatang Peliharaan ku

Binatang Peliharaan ku

Saya mempunyai hobi sejak dari kecil iaitu memelihara binatang. Dirumah saya terdapat 10 ekor kucing dewasa dan 6 ekor anak kucing yang kini sedang saya pelihara. Selain itu, saya juga memelihara ikan balung emas dan ikan koi. Bagi setiap binatang yang saya pelihara saya telah menyediakan sangkar khas untuk kucing saya dan sebuah kolam untuk ikan-ikan saya. Saya merasakan mereka juga adalah tanggungjawab saya dan haruslah dijaga dengan penuh kasih sayang. Dibawah ialah kapsyen kucing-kucing saya yang comel-comel belaka.





Dibawah ini pula ekspresi muka kucing-kucing saya ketika sedang bersantai di atas meja makan di dapur yang khas untuk kuching saya. Ya! saya ada sebuah dapur hanya untuk kucing saya, ini menunjukkan betapa sayangnya saya kepada haiwan ini.




Kapsyen dibawah merupakan sangkar ataupun rumah bagi kucing-kucing saya yang terletak di dapur yang khas untuk mereka.





Dibawah ini pula adalah kapsyen ikan koi dan ikan balung emas yang saya miliki. Apabila saya merasa tertekan atau bosan saya selalu duduk di sebelah kolam ini dan memerhati ikan-ikan berenang. Entah bagaimana saya merasa tenang apabila melihat mereka.




Saya bertuah kerana mempunyai isteri yang memahami hobi saya dan kebetulan juga dia juga sangat menyukai kucing. Begitu juga dengan anak saya, dia sering bermain dengan kucing-kucing dan pada waktu petang saya dan anak lelaki saya sering meluangkan masa bersama dengan memberi ikan makan. Ini juga merupakan salah satu aktiviti keluarga yang menyebabkan kami sangat rapat dan mesra. Dibawah adalah kapsyen saya dan anak lelaki saya bermain dengan Si Abam dan Si Kuning.

                            

                           



Makanan yang saya berikan untuk mereka supaya sihat dan aktif. 




Aktiviti petang kami anak beranak bersama iaitu memberi ikan makan.  




Hobi ini mungkin mengeluarkan banyak modal, namun disebabkan hobi ini aktiviti yang dilakukan bersama keluarga yang membuatkan kami rapat menyebabkan semuanya berasa berbaloi disamping menambah pahala dengan memelihara makhluk Allah dengan baik.